PENAFIAN
Maklumat yang dikumpulkan adalah bagi tujuan mengukur tahap kesedaran responden berkenaan Ekonomi Lestari (Sustainable Economy) dan Ekonomi Kitaran (Circular Economy).
DEFINISI / PENERANGAN AWAL
Ekonomi kitaran adalah aspek penting dalam ekonomi lestari (Sustainable Economy) yang memfokuskan pada meminimumkan sisa buangan dan memaksimumkan penggunaan sumber. Antara contoh aktiviti ekonomi lestari adalah penggunaan semula sisa buangan sebagai bahan mentah pelbagai produk, penggunaan kenderaan elektrik, dan penerapan nilai amalan lestari ke dalam komuniti.